Powered By Blogger

Sunday, February 17, 2008

5 comments:

guna94 said...

Hi cikgu, saya kawan AMMAR SYUK, Gunalan Nair. Saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu untuk berkongsi/memberitahu banyak perkara tentang sekolah kita. :)

eMyHuNNy said...

salam..
hye cikgu...
da lama x dgr cte dr ckgu...
sy raimi ex student cikgu..
cigu igt x?
hehe ckgu ajr sy bm..
sy 1 kls ngn chang, dayah, shida n ros...

ckgu shat kew??
urmm td on9..
tba2 nmpk blog ney..
tgk owner blog ney ckgu hanita...

klu der masa sy komen lg kt blog ckgu ney...

;p

Anonymous said...

assalamualaikum ckgu...
ni afrah ni...
selamat hari raya~~~

ArinaZhaf said...

cikgu..saye nk bg pendapat..sila jemput raja shamri raja husin..motivator terbaik..tk rugi kalu cikgu jemput die datang bg motivasi..compomdak2 skola 24 akan fokus time program tu..cikgu tkkn menyesal kalu jemput die bagi ceramah..saye gerenti!

Anonymous said...

excuse me sy bakal ambil stpm xp sy berhasrat nak pindah sekolah..jadi sek men keb seksyen 24 terdapat tak aliran Tingkatan 6 dan kalau ya apakah pakej elektif yg pihak sekolah ''offer'' ?

TQ

SMK SEKSYEN

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK SEKSYEN 24.

SETELAH LEBIH 15 TAHUN MENJADI GURU, DAN KIRA-KIRA 14 TAHUN MENJADI PENDIDIK DI SEKOLAH INI, BANYAK PERKARA YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.

BAGI BEKAS WARGA SEKOLAH INI, MEMBUKA BLOG INI MUNGKIN DAPAT MENGEMBALIKAN NOSTALGIA ANDA TERHADAP SEKOLAH YANG PERNAH ANDA HADIRI BEBERAPA TAHUN YANG LALU. MANAKALA BAGI WARGA SEKOLAH KINI, JADIKANLAH BLOGSPOT INI SEBAGAI RUJUKAN UNTUK PELBAGAI KEPERLUAN ANDA.

PAHIT ATAU MANIS KENANGAN YANG PERNAH ANDA LALUI, PASTINYA SEGALANYA TERPAHAT DALAM KOTAK MEMORI ANDA.

SEBAGAI SEORANG GURU YANG AMAT CINTAKAN SEKOLAH DAN PENGIKUT SETIA PERKEMBANGAN DUNIA IT, SAYA TIDAK MAHU KETINGGALAN DALAM BERKONGSI IDEA DAN CERITA DENGAN ANDA SEMUA YANG ADA KENANGAN DENGAN SMKS24.

MARILAH KITA GUNAKAN RUANGAN INI UNTUK BERKONGSI CERITA DAN MENJANA IDEA BARU BAGI MENYEMARAKKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH KITA.

SELAMAT SEJAHTERA.

HANITA SAMADI

SEJARAH PEMBANGUNAN SMKS24 1993-2008

SMKS 24 telah mula beroperasi sebagai sekolah menengah di Seksyen 24 mulai Disember 1993. Dengan 41 orang tenaga pengajar, seramai kira-kira 800 pelajar ditempatkan di sekolah ini pada awal pembukaannya. Kos pembiayaan adalah di bawah Bank Dunia melibatkan RM4 juta.

Pada awal pembukaan, sekolah ini menempatkan 500pelajar Peralihan dan Tingkatan 1. Manakala pelajar Tingkatan 2 didatangkan daripada kalangan pelajar sekolah jiran yang tinggal berhampiran kawasan sekolah ini. Selain itu, SMKS24 juga menempatkan pelajar-pelajar tiga buah sekolah berdekatan iaitu SMKS19, SMKSri Muda dan SMK Alam Megah sementara menanti bangunan sekolah mereka disiapkan.

SMKS24 dibahagikan kepada 4 blok iaitu Blok Anggerik, Bakawali, Cempaka dan Dahlia. Sekolah turut dilengkapi dengan 32 buah bilik darjah, sebuah Dewan Besar, Rumah Hijau, Bengkel ERT, Benkel Kerja Kayu, Bilik Seni, Makmal Sains, Bilik Geografi, Bilik Sejarah, Pusat Sumber, Bilik Gerakan, Bilik Kaunseling, Bilik Lukisan Kejuruteraan, Bilik SPBT, Bilik Rawatan, Koperasi Sekolah, Bilik Disiplin dan Kedai Buku.

SMKS24 juga telah melahirkan lulusan pertama PMR pada tahun 1995 dengan pencapaian cemerlang 98%. Seramai 268 calon telah menduduki peperiksaan sulung pada tahun tersebut. Lulusan pertama SPM pula telah dilahirkan pada tahun 1996 melalui 76 orang calon yang mencapai kelulusan 64.98%.

Bilangan pelajar sekolah ini mencapai 1500 orang pada tahun 2004. Namun dengan pembinaan sekolah jiran berhampiran, bilangan guru dan pelajar dibahagi. Sebahagian guru dan pelajar SMKS24 ditempatkan di SMKS24(2). Kini, bilangan pelajar adalah kira-kira 900 orang dengan tenaga pengajar seramai 62 orang.

SMKS24 menjadi sekolah satu sesi mulai tahun 2005 sehingga kini.